Terma Penggunaan
Waktu Solat Malaysia 2027 ยท Kemas kini 18 November 2026
Dengan menggunakan app Waktu Solat Malaysia 2027 (pakej my.solatmudah.app), anda bersetuju dengan terma di bawah.
Waktu solat
Waktu solat dalam app ini diambil daripada jadual rasmi JAKIM. Bagi zon yang jadual rasminya belum diterbitkan, waktu dikira menggunakan kaedah kiraan JAKIM dan mungkin berbeza seminit dua daripada jadual rasmi. App ini bukan app rasmi JAKIM. Untuk kepastian, sila rujuk pengumuman rasmi JAKIM atau jabatan agama Islam negeri anda.
Azan dan penggera
Azan, peringatan dan penggera bergantung kepada kebenaran notifikasi, tetapan bateri dan mod senyap telefon anda. Sesetengah telefon menghentikan app untuk jimat bateri, jadi sila ikut panduan dalam app supaya azan tidak terlepas. Kami tidak bertanggungjawab sekiranya azan tidak berbunyi akibat sekatan sistem telefon.
Premium
Langganan bulanan dan tahunan diperbaharui secara automatik melalui Google Play sehingga dibatalkan. Langganan boleh dibatalkan bila-bila masa di Google Play, di bahagian Pembayaran dan langganan. Bayaran balik tertakluk kepada polisi Google Play. Pembelian sekali bayar memberi akses Premium tanpa had masa untuk akaun Google yang sama.
Penggunaan app
App ini disediakan seadanya untuk memudahkan anda menyemak waktu solat. Kami berusaha memastikan app berfungsi dengan baik, tetapi tidak menjamin app sentiasa bebas daripada ralat.
Perubahan terma
Terma ini mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa. Tarikh kemas kini terkini dipaparkan di bahagian atas halaman ini.
Hubungi kami
Sebarang pertanyaan boleh dihantar ke contact@purplecompassdigital.com.